Monday, 21 September 2015

Pembukaan Pusat Urut & Bekam AL-RAZI

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerna dengan izinya Pusat Urut & Bekam Al-Razi akan dibuka tidak lama lagi dan akan beroperasi sepenuhnya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat mereka-mereka yang membantu dan memberi sokongan sepenuhnya kepada saya.

Buat suami tercinta, terima kasih kerana banyak membantu dari segi masa, tenaga, sokongan dan segalanya. Tidak lupa juga buat anak-anak, rakan-rakan dan ahli keluarga. Sokongan kalian amat bermakna pada saya.

Buat mereka yang berada di sekitar Bangi/Kajang/Putrajaya/Sepang/Nilai, bolehlah berkunjung dan membuat rawatan di PUSAT URUT & BEKAM AL-RAZI. Promosi pembukaan khas buat anda yang membuat rawatan sepanjang Oktober ini, rujuk sini.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi saya di talian, 017 - 605 4972.

No comments:

Post a Comment